Khamis, 28 Jun 2018

IKAN BAKAR SPECIAL






Bahan:

  • Ikan Jenahak 1 ekor
  • Apple 1 biji (potong mancis)
  • Aluminum Foil

Caranya:
1) Potong ikan ikut suka..Atie potong dari belakang..Nak lebarkan...Pastu letak diatas aluminum foil dan bakar dalam oven hingga masak..

2) Ikan masak curahkan air asam ke atas ikan dan taburkan Apple yang sudah dihiris..

AIR ASAM
========
Bahan:

  • Bawang Holland 1 biji
  • Buah tomato 1 biji
  • Cili padi 7 tangkai
  • Air Asam jawa 1 manggkuk
  • Gula melaka 2 keping
  • Gula perang 5sb
  • Belacan 2 inci
  • Kicap pekat manis 2sb
  • Soya sos 2sb

Caranya:
  1. Bawang dan tomato potong dadu kecik2..masukkan dalam blender bersama cili api.
  2. Tumbuk gula melaka sampai halus..Campurkan dengan air asam jawa dan semua bahan kecuali bahan kisar..
  3. Ramas2 kuah asam supaya belacan gula mesra..pastu tuangkan sikit kedalam blender untuk kisar bawang tomato dan cili api.. jangan kisar terlampau halus.. kasar2 sikit..
  4. Akhir sekali campur kesemua bahan..okey siap..






MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN






Bahan
  • Ikan patin 2 ekor
  • Tempoyak 1 cawan
  • Daun kesum (segenggam)
  • Asam keping 4
  • Gula melaka
  • Garam

Bahan Tumbuk
  • Cili Padi hijau 5 tangkai
  • Cili Padi merah 5 tangkai
  • Kunyit hidup 2 inci

Cara penyediaan
  1. Basuh ikan patin dengan tepung untuk hilang hanyir..pastu basuh
  2. Masukkan bahan tumbuk kedalam periuk dan taruk Air dalam 4 cawan (terpulang nak byk mana air)
  3. campurkan kesemua bahan kecuali Ikan..mendidihkan
  4. Masukkan ikan..slowkan Api renehkan sekejap..siap






Rabu, 27 Jun 2018

PAIS IKAN DAUN BARU






Bahan
  • Ikan daun baru (apa2 ikan pun boleh)
  • Daun kunyit 1 helai (hiris halus)
  • Daun pisang (untuk bungkus)
  • Air Asam jawa (secukup rasa)
  • Santan pekat 5sb
  • Gula perang
  • Garam

Bahan Kisar
  • Lada merah 5 tangkai
  • Serai 4 batang
  • Bawang merah 7 biji
  • Bawang putih 4 bij
  • kunyit hidup 2 inci

Cara Penyediaan
  1. Basuh ikan dan kelar2 sikit
  2. Kisar bahan kisar sampai betul2 halus..Dan campukan semua bahan 
  3. Gaul2 sebati..tambah perasa ikut citarasa masing2..
  4. Lumurkan bahan rencah ke ikan.,bungkus ikan..dan bakar hingga masak.

cicah dengan sambal kicap pun sedap..







Selasa, 26 Jun 2018

IKAN SIAKAP BAKAR & PETAI






Bahan-bahan
  • Ikan Siakap 1 ekor
  • Petai 1 cawan
  • Minyak bawang putih 5sb
  • Gula perang 1sb
  • Garam

Bahan Kisar
  • Lada besar 5 tangkai
  • Cili padi merah 8 tangkai
  • Bawang besar 1 biji
  • Halia 2 inci
  • Tomato 1 biji

Cara Penyediaan
  1. Cuci ikan..Potong dari belakang tulang ikan kalau nak lebarkan..kalau susah sangat..buat cam biasa je. Pastu letak ikan dekat aliminium foil atas dulang ke dan bakar sampai masak kat oven..ikut suka la nak bakar cara camne pun ..
  2. Ambik bawang putih 6 biji..ketuk2 pastu cincang..panaskan minyak 4sb, goreng bawang hingga kekuningan..angkat dgn minyak2 dan sejukkan
  3. Panaskan minyak..tumis bahan kisar sampai betul2 pecah minyak..masukkan gula garam secukup rasa..dan masukkan petai
  4. Kemudian curahkan sambal kat ikan yg telah dibakar..taburkan minyak bawang putih.. hmmm besttt



SIAKAP KUKUS HALIA






Bahan-bahan
  • Ikan siakap 1 ekor
  • Halia 1 inci (hiris halus/goreng)
  • Daun sup (hiris halus)

Bahan Perasa
  • Sos plum 3sb
  • Sos cili 1sb
  • Gula perang 1sb
  • Cuka 2sb
  • Garam

Bahan Kisar
  • Lada merah 1 tangkai
  • Cili padi 5 tangkai
  • Tomato cherry 2 biji
  • Halia 2 inci
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 5 biji

Cara Penyediaan
  1. Cuci ikan pastu kukus sampai masak..biarkan dulu
  2. Panaskan minyak 2sb..goreng halia yg dah hiris sampai kekuningan..angkat letak tepi dulu
  3. Kemudian terus masukkan bahan kisar ..tumis kejap je..pastu taruk air dalam 1/2 cawan..
  4. Masukkan ke semua bahan perasa, biarkan mendidih dan tambah apa yg kurang ikut selera masing2
  5. Kemudian curahkan kuah keatas ikan..taburkan halia goreng dan daun sup.... siap






Isnin, 25 Jun 2018

IKAN KUKUS CHINESE STYLE







Bahan

  • Ikan siakap 1 ekor
  • Halia 3 inci (mayang halus)
  • Lada merah (hiris mancis)
  • Daun bawang (hiris mancis)
  • Daun sup (hiris kasar)
  • Minyak bawang putih 4sb

Bahan Sos
  • Soya sause 2sb
  • Kicap pekat manis 1sb
  • Minyak bijan 2sb
  • Gula perang 1sb
  • Cili padi 1 biji (hiris halus)

Cara Penyediaan
  1. Cuci ikan kelar2 kan badan ikan..letak atas pinggan selit2 kan halia kukus sampai masak...
  2. Panaskan minyak 2sb pastu goreng bawang putih yg dah di cincang sampai kekuningan..angkat letak tepi dulu..
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan sos..taruk air 1/2 cawan..masak sampai mendidih..tambahapa yg kurang ikut selera sendiri
  4. kemudian curahkan kuah sos ke atas ikan..taburkan minyak bawang putih dengan bawang2 sekali
  5. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang, halia dan lada merah.. Siap


😀




IKAN BAKAR MERAH SEHARUM SERAI






Bahan-bahan
  • Ikan Merah 1 ekor 
  • Minyak bawang putih 5sb
  • Minyak halia 5sb
  • Limau kasturi
  • Aliminium foil
  • Daun pisang

Bahan Kisar Halus
  • Serai 4 batang
  • Lada merah 3 tangkai
  • Cili padi merah 5 tangkai
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Halia 1 inci

Bahan Perasa
  • Sos Plum 4sb
  • Jus limau kasturi 4sb
  • Gula perang
  • Garam

Cara Penyediaan
  1. Basuh ikan dan kelar2 badan ikan, Bungkus ikan dgn daun pisang pastu bungkus pulak dgn aliminium foil.. bakar dalam oven sampai masak dalam 40 minit 200c
  2. Ambik bawang putih 6 biji..cincang halus..panaskan minyak 2sb.. goreng bawang sampai kekuningan..angkat letak tepi dulu
  3. Ambik halia dalam 3 inci.. mayang halus.. goreng sampai kekuningan..angkat dgn minyak2 sekali.. letak tepi dulu
  4. Kemudian tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan wangi..agak2 kering taruk air panas 1/2 cawan.. biarkan sambal cair sikit..

5) Masukkan bahan perasa..pastu curahkan keatas ikan yang dah dibakar tadi.. Taburkan bawang putih dan halia goreng. sedia dihidangkan.. siap

Selamat mencuba!


SALMON BAKAR & SOS LADA HITAM







Bahan Ikan

  • Ikan Salmon 1 keping
  • Serbuk lada hitam 2sb
  • Paprika 1sb
  • Minyak bijan 1sb
  • Minyak zaitun 1sb

Caranya:

  1. Lumurkan semua bahan ke ikan..
  2. Perap 2 jam..Pastu bakar

Bahan Sos Lada Hitam

  • Serbuk lada hitam 3sb
  • Oregano 1sk
  • Paprika 1sk
  • Sos Tiram 1sb
  • Kicap manis 1sb
  • Gula perang 1sb
  • Susu HL 5sb
  • Air 1/2 cawan

Caranya:

  1. Campurkan semua sekali
  2. masak hingga mendidih..Tambahlah apa yg kurang ikut selera sendiri 
  3. Bila dah siap..Curahkan sikit sos pada ikan yg telah dimasak..Siap ðŸ˜€

😘Sumber


Sumber



Sabtu, 23 Jun 2018

IKAN SIAKAP KUKUS MASAM MANIS






Bahan-bahan

Ikan siakap 1 ekor
Halia 3 inci (mayang halus/goreng)
Daun bawang (hiris mancis)
Lada merah (hiris mancis)
Limau nipis (hiris nipis)

Bahan Perasa:

Sos plum 3sb
Jus limau nipis 4sb
Gula perang 2sb
Garam

Bahan Kisar:

Halia 3 inci
Bawang putih 4 biji
Cili padi 2 tangkai

Cara Penyediaan
  1. Basuh ikan bersih2..pastu kukus sampai masak..Air yg keluar dari ikan buang ye..letak tepi dulu
  2. Panaskan minyak zaitun 2sb..goreng halia yg dah dihiris sampai kekuningan, angkat dgn minyak2 sekali..letak tepi dulu
  3. Kemudian terus taruk bahan kisar tumis kejap..Pastu taruk Air 1/2 cawan biarkan mendidih..
  4. Masukkan bahan perasa..biarkan mendidih..tambah apa yg kurang..manis masam pedas..ikut selera sendiri
  5. Akhir sekali curahkan kuah ke atas ikan dan taburkan halia goreng tadi dengan minyak2 sekali.. serta taburkan daun bawang dan lada besar






IKAN MERAH KUKUS SOS PLUM







Bahan

Ikan Merah 1 ekor
Daun ketumbar(cincang)
Halia 1 inci (cincang)
Lada merah 1 tangkai (cincang)
Cili padi 4 biji (cincang)

Bahan Perasa

Sos Plum 5sb
Minyak bijan 1sb
Jus limau nipis (3biji)
Gula Garam secukup rasa

Bahan Kisar

Bawang merah 3 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 1 inci

Cara Penyediaan

  1. Cuci ikan bersih2..ikut suka nak potong camne ikan tu..Pastu kukus sampai masak
  2. Bahan kisar..kisar sampai halus..pastu taruk Lada nerah cili api yg di cincang..pusing 3 4 kali je..sebab nak kasar2 je lada cili tu..
  3. Panasakan minyak dalam 2sb..tumis bahan kisar kejap..pastu taruk halia cincang dan Air 1/2 cawan..biarkan mendidih..
  4. Akhir sekali masukkan semua bahan perasa..tambah apa yg kurang ikut selera sendiri
  5. Dah masak curahkan kuah ke atas ikan dan taburkan daun ketumbar..
  6. Siap..








Jumaat, 22 Jun 2018

IKAN SIAKAP KUKUS NANAS







Bahan

Ikan siakap 1 ekor
Nanas 1 mangkuk (potong kecil)
Tomato cherry 4 biji (belah dua)
Cili padi 4 biji (tumbuk kasar)
Daun bawang (hiris)

Bahan Kisar

Bawang putih 4 biji
Bawang besar 1/2 biji
Halia 2 inci

Bahan Perasa

Sos Plum 3sb
Jus limau nipis (2 biji)
Gula perang 1sb
Garam

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan ikan..kukus sampai masak letak tepi dulu
  2. Panaskan minyak 1 sudu makan..masukkan bahan kisar dan air 1/2 cawan. Pastu masukkan cili padi..buatkan mendidih
  3. Masukkan Nanas,tomato cherry dan semua bahan perasa..tambah air kalau air kering..tambah apa yg kurang k
  4. Kemudian curahkan kuah ke atas ikan dan taburkan daun bawang.. siap





SIAKAP SWEET & SOUR







Bahan
Ikan Siakap 1 ekor (Goreng)
Nenas (potong dadu)
Timun (potong dadu)
Tomato (potong dadu)
Mix vegetarian 3sb

Bahan Sos
Cili sos 2sb
Sos tomato 2sb
Sos plum 2sb
Chilli paste 1sb
Jus limau nipis 1 biji
Gula garam secukup rasa

Bahan Kisar
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 1 inci
Cili padi 2 biji

Cara Penyediaan
  1. Goreng ikan hingga garing..angkat letak tepi dulu..
  2. Panaskan minyak..tumis bahan kisar sampai wangi..pastu masukkan semua bahan sos dan air sikit.,
  3. Masukkan timun, nenas, tomato dan mix vege..masak sampai pekat sikit kuah..pastu curahkan atas ikan..siap.. 




IKAN SIAKAP AIR ASAM







Bahan

Ikan Siakap 1 ekor
Bawang 1 biji (cincang/tumbuk kasar)
Cili padi 7 tangkai (tumbuk kasar)
Tomato 1 biji (cincang)
Air Asam jawa 1 cawan
Gula padir 3sb
Brown sugar 2sb

Cara2 buat

  1. Ikan siakap stim kan sampai masak.
  2. Satukan semua bahan air asam..
  3. tambah apa Yang patut k..pastu siram ikan tu..
  4. Okey camtu je...

Sumber





Fast Clean Eye Makeup Remover




Udang Masak Serai Wangi 




Bahan-bahan: 

600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 
  2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 
  3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
  4. Masukkan pati santan dan udang. 
  5. Masak hingga naik bau.




Khamis, 21 Jun 2018

Ikan Kerapu Masak Asam Manis 




Bahan-bahan A: 

1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak (untuk goreng)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B: 

5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Gaulkan bahan-bahan A (goreng hingga rangup) 
  2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. 
  3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. 
  4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 
  5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan: Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.