Jumaat, 10 Ogos 2018

Tart Kerang Tompok-Tompok






Video & gambar milik Ola Lola
resepi :Zaitong Syed Ahmed

Bahan A

150 gram butter
100 gram majerin
50 gram gula icing
50 gram susu tepung
50 gram tepung jagung
1/4 sudu kecil emplex
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur


Bahan B

350 gram tepung gandum
(tepung nanti boleh diubah suai supaya dpt doh yg lembut)
Inti nenas/epal yang secukupnya
Untu sapuan...
1 biji kuning telur
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu kecil susu cair

Caranya...

  1. Sebatikan butter, majerin, gula dan telur gunakan senduk saja...kemudian campurkan semua bahan2 kecuali intinya.
  2. Uli doh sehingga doh tidak lekat ditangan, pastikan doh lembut supaya mudah utk proses menekan doh.
  3. Siap uli perap doh sekejap supaya bahan2 lebih sebati dan mesra.
  4. Ambil sedikit doh, masukkan dlm acuan tart kerang ..masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit doh lagi. Kemudian tekan acuan tart kerang..untuk mengeluarkan tart tadi. Susun dalam loyang pembakar.
  5. Oleskan bahagian atas dengan sapuan kuning telur...sedia untuk dibakar...170c selama 25-30 minit atau ikut oven masing2 ye...
Selamat mencuba...

Khamis, 9 Ogos 2018

Siapakah golongan yang dianjurkan untuk berkorban?


Berikut adalah golongan yang dianjurkan untuk berkorban sebagai peringatan untuk kita semua. Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah korban ialah: 
  • Orang Islam 
  • Merdeka 
  • Baligh (Dewasa) 
  • Berakal-berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila. 
  • Mampu – apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah; Orang yang mempunyai kelebihan belanja dan keperluan diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:


"Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu."


Hadis lain pula menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

"Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami."


Sunat hukumnya berniat untuk melaksanakan ibadah korban bagi orang yang berkorban pada tanggal 10 Zulhijjah, tidak membuang rambut atau bulu-bulu yang ada di tubuhnya, seperti berpangkas, mencukur misai atau janggut, memotong kuku dan sebagainya, hingga haiwan korbannya selesai disembelih.

Ummu Salamah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Apabila kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia menahan rambut dan kuku-kukunya."

Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali.

Saidina Ali Bin Abi Talib RA telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat.


Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih.

Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan.

Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 malaikat yang mendoakan dan meminta keampunan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.

Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail AS.

Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat.

Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim."
Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad SAW sesuai dengan maksud sabda Rasulullah SAW:

"Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban."

Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat."

Semoga bermanfaat.






Rabu, 8 Ogos 2018

Syariat dan Hikmah ibadah Korban


Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.”

Al-Kautsar:

Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:

“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripadaNya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.”

Nabi SAW juga telah bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)




Selasa, 7 Ogos 2018

Ibadat qurban sebagai penebus dosa umat islam


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Ibadat Qurban ini antara perkara yang boleh kita lakukan untuk menebus dosa-dosa yang telah dilakukan selama hayat kita di dunia ini. Selain itu, ianya sebagai tanda syukur kita atas segala kurniaanNya.

Perasaan kasih sayang antara yang kaya dan yang miskin juga akan terjalin apabila ibadat dan sembelihan Qurban ini dilakukan. Di eQurban Resources Sdn Bhd, kami mengusahakan sembelihan ini di luar negara kerana ingin memberi peluang kepada mereka yang sangat daif untuk sama-sama menikmati daging sembelihan qurban ini.

Pilihan di tangan kita, sama ada untuk membuat sembelihan di dalam negara mahupun di luar negara, hikmah dan fadhilat yang diterima insyaALLAH sama. Usahlah kita pertikaikan sama ada ingin membuat sembelihan di dalam ataupun di luar negara.

Konsep ibadat qurban ini perlu kita fahami, ianya bukanlah untuk kita yang berkemampuan bersenang-lenang dengan daging-daging yang banyak semasa sembelihan dilakukan, ianya adalah untuk memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta’ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

Apabila kita agihkan daging-daging yang telah disembelih kepada umat islam yang adakalanya memang tidak pernah menikmati daging sepanjang tahun, kecuali ketika musim hari raya Qurban.

Sesiapa yang ingin membuat tempahan Lembu atau Kambing Qurban, boleh klik http://equrban.com





4 hikmah dan kebaikan menunaikan aqiqah untuk anak-anak


Pada bahagian pertama kita telah sebut tentang hadis yang bermaksud: “anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya, maka disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dan pada hari itu juga diberi nama dan dicukur kepalanya”. Maksud dari sabdaan Nabi saw “TERGADAI” ada dua maksud yang disebut oleh ulama iaitu anak akan membesar dan berbakti kepada ibubapanya adalah bergantung kepada aqiqah yang dilaksanakan untuknya. Makna yang kedua ialah ibubapa akan dapat kebaikan di akhirat dari anaknya bergantung kepada aqiqah samada dilaksanakan atau tidak.



Dari hadis tersebut jelaslah tentang pentingnya aqiqah untuk kebahagian ibubapa dan anak. Jika ada anak yang susah dengar nasihat atau degil atau pada zahirnya menyusahkan ibubapa maka perhatikanlah juga dari sudut aqiqah, adakah telah dilaksanakan atau belum. Jika telah dilaksanakan adakah ianya sempurna atau tidak.

Selain dari kebaikan tersebut yang diperolehi dari aqiqah ulama juga menyatakan beberapa hikmah lain yang Allah sediakan dalam ibadat aqiqah, antaranya ialah:

  1. Menimbulkan rasa gembira dengan ni’mat Allah yang telah membantu, memudahkan dan menyelamatkan ibu dan anak sepanjang proses mengandung hingga bersalin. Tanpa bantuan dan kasih sayang Allah tiada siapa yang boleh bantu si ibu dan anak.
  2. Meningkatkan rasa syukur atas anugerah Allah iaitu anak. Anak adalah perhiasan dan hiburan yang Allah kurniakan di dunia seperti firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 14 dan surah Al-Kahfi ayat 46. Dari sifat syukur tersebut Allah sayang hambaNya kerana sesiapa yang bersyukur pasti Allah meredoinya dan pasti Allah akan tambah lagi nikmat seperti yang Allah janjikan dalam surah az-Zumar ayat ketujuh dan surah Ibrahim ayat ketujuh juga.
  3. Mengeratkan tali silaturrahim dengan memberi makan daging aqiqah samada kepada saudara mara terdekat atau sesiapa sahaja. Amalan mengeratkan silaturrahim akan mendatangkan kebaikan-kebaikan yang lain seperti lapangnya rezeki, diberkati kehidupan dan lain-lain kebaikan.

Itulah antara kebaikan dan hikmah dari ibadat aqiqah. Bukan sedikit dan tidak kecil rupanya kebaikan yang Allah beri dalam perlaksanaan aqiqah ini. 

Sekiranya anda ingin membuat tempahan, boleh klik http://equrban.com

Isnin, 6 Ogos 2018

Apa yang anda perlu tahu mengenai Aqiqah atau Akikah

Dalam ilmu fiqh (perundangan Islam) aqiqah juga disebut nasikah dan zabihah. Makna aqiqah ialah putus, nasikah pula ialah ibadat dan zabihah pula bermaksud sembelihan. Jika digabung semua makna tersebut ianya bermaksud sembelihan yang dikategorikan sebagai ibadat yang diputuskan urat-urat sembelihan.

Aqiqah ialah suatu ibadat berbentuk penyembelihan binatang tertentu sebagai tanda gembira dan bersyukur kerana kelahiran bayi.

Binatang yang disembelih untuk tujuan tersebut ialah unta, lembu atau kambing tetapi kambing adalah afdal dan lebih bagus.




Bagi anak lelaki disembelih 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari lembu atau unta. Bagi anak perempuan pula seekor kambing atau 1 bahagian dari lembu atau unta. Untuk lembu dan unta dibenarkan untuk berkongsi 7 bahagian.

Hukum aqiqah dalam mazhab Asy-Syafi’e adalah sunnat muakkadah iaitu sunat yang hampir kepada wajib. Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafqah kepada anak yang diaqiqahkan seperti bapa.

Dalil pensyari’atan aqiqah ialah perbuatan Nabi SAW dan juga para sahabat beliau. Antara dalil tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya:


عن سليمان بن عامر الضَّبِّي – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، يقول: ” مع الغلام عقيقته، فأهريقوا عنه دماً، وأميطوا عنه الأذى


Yang bermaksud: “bersama anak yang dilahirkan ada aqiqahnya yang perlu dilaksanakan maka sembelihlah bagi pihaknya dan buanglah kotoran rambut dengan mencukur rambut anak itu”.

Waktu untuk menaqiqahkan anak ialah bermula dari sempurnanya kelahiran anak hingga baligh anak tersebut. Jika aqiqah dilakukan sebelum sempurna kelahiran maka ia dianggap sembelihan biasa yang boleh dimakan tetapi bukan aqiqah.

Penyembelihan binatang untuk aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh dari tarikh kelahiran bayi. Tetapi jika tidak dapat dilaksanakan pada hari ketujuh maka boleh juga pada hari yang ke 17 atau 21. Tetapi jika masih tidak dapat laksanakan maka boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dengan kemampuan ibubapa bayi.

Jika telah baligh anak tersebut sedangkan aqiqah untuknya belum disempurnakan maka tuntutan ke atas ayahnya sudah tidak berjalan lagi, di waktu itu bolehlah si anak melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri atau boleh juga si ayahnya melaksanakan sebagai melangsaikan apa yang belum dia selesaikan sebelum ini.

Namun begitu, hari yang paling afdhal untuk menjalankan aqiqah ialah pada hari ketujuh kelahiran anak. Contohnya, jika lahir pada 1 haribulan maka aqiqahnya pada 7 haribulan.

Dalil aqiqah pada hari ketujuh ialah hadis yang diriwayatkan ole imam Abu Daud dalam Sunan beliau:


عن سمرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ” الغلام مرتهن بعقيقته، يذبح عنه يوم السابع، ويسمى ويحلق رأسه”.


Maksudnya: “anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya (bakti anak kepada ibubapaya bergantung kepada aqiqah), maka disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dan pada hari itu juga diberi nama dan dicukur kepalanya”.

Sekiranya anda ingin membuat tempahan, boleh klik http://equrban.com


Khamis, 2 Ogos 2018

SOTONG GORENG CHINESE STYLE



  • Sotong
  • Tepung Jagung [ Ikut berapa banyak sotong nak digoreng]
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Lada hitam
  • Telur Putih
  • Daun Bawang
  • Bawang Holland
  • Minyak Masak

  1. Bersihkan sotong terlebih dahulu, Toskan sotong biar kering sedikit. Panaskan minyak. Celup dalam telur putih [ Dalam mangkuk berasingan Tepung jagung di letakkan perasa lada, garam dan ajinamoto]. Selepas celupkan sotong di dalam telur putih. Celupkan pulak dalam tepung jagung terus di goreng. Lepas digoreng toskan sotong agar tiada minyak berlebihan dekat sotong. Biarkan seketika.
  2. Kuali dipanaskan letak sedikit minyak, lepas minyak panas tumiskan bawang holland dan daun bawang jangan terlalu lama dan terus masukkan sotong tadi. Masak sekejap ambil bau wangi dari bawang holland dan daun bawang je. Boleh try serius! sedap dan wangi.