Selasa, 3 Julai 2018

Telor ikan mayong masak asam pedas jintan putih






Bahan
  • Telor ikan mayong 
  • Serai 1 batang (ketuk)
  • Daun kesum 
  • Air asam jawa 1/2 cawan
  • Gula perang
  • Garam

Bahan Kisar
  • Jintan putih 1sb
  • Cili kering 10 tangkai
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Lengkuas 1 inci

Cara Penyediaan
  1. bersihkan telor ikan..
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai betul2 pecah minyak..
  3. Masukkan Air 1 cawan dan air asam jawa..biarkan mendidih
  4. Kuah dah mendidih masukkan telor ikan dan ke semua bahan..renehkan kejap..
  5. Masukkan gula garam secukup rasa...okey siap






ASAM PEDAS IKAN MAYONG






Bahan
  • Ikan mayong 1 ekor
  • Daun kesum
  • Air Asam jawa 1 cawan
  • Gula melaka 
  • Garam

Bahan Kisar
  • Cili kering 20 tangkai
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Lengkuas 2 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Belacan 1 inci

Cara Penyediaan
  1. Potong ikan dan Basuh..Daun kesum ambil daun sahaja.
  2. Panaskan minyak..Tumis bahan kisar sampai betul2 pecah minyak.. kacau je.
  3. Masukkan air asam jawa, Air 2 cawan, gula garam secukup rasa..biarkan mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan ikan dan daun kesum..slowkan api..renehkan 10 minit.

sedia dihidangkan







Isnin, 2 Julai 2018

IKAN TENGGIRI MASAK CUKA






Bahan
  • Ikan tenggiri 3 keping
  • Cuka 1/2 cawan
  • Biji sawi 1sb
  • Gula perang
  • Garam 

Bahan Tumis
  • Lada merah 2 tangkai
  • Lada hijau 2 tangkai
  • Cili padi 8 tangkai
  • Bawang besar 1 biji (hiris nipis)
  • Bawang kecik 4 biji (belah 2)
  • Bawang putih 3 biji (hiris nipis)

Cara Penyediaan

  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit, goreng gareng..angkat letak tepi.
  2. Panaskan minyak..Tumis bahan tumis hingga layu..masukkan Air 1 cawan, cuka, ikan dan kesemua bahan, tutup sekejap.. renehkan.. tambah gula garam ikut citarasa sendiri.





LemakCili Api Sardin Campur petai






Bahan
  • Sardin 1 tin besar (cap marina)
  • Petai 1 cawan
  • Kacang panjang sikit
  • Asam keping 2
  • Santan kotak kecil 1
  • Serbuk kunyit 1sk
  • Gula perang
  • Garam

Bahan Kisar
  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang putih 3 biji
  • Cili padi 5 tangkai
  • Tomato 1 biji
  • Halia 1 inci
  • Belacan 1 inci

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga pecah minyak..masukkan serbuk kunyit dan kuah sardin dalam tin.. 
  2. Masukkan air sikit..asam keping, santan dan gula garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan sardin, petai dan kacang panjang..masak sekejap




Ahad, 1 Julai 2018

IKAN TONGKOL GORENG REMPAH






Bahan
  • Ikan tongkol besar 1 ekor
  • Bawang Hollang 2 biji
  • Lada merah 2 tangkai
  • Lada Hijau 2 tangkai
  • Cili padi 4 tangkai

Bahan Rempah/Perap
  • Serbuk jintan manis 1sk
  • Serbuk jintan putih 1sk
  • Serbuk ketumbar 1sk
  • Serbuk lada putih 1sk
  • Serbuk kari 1sb
  • Sos Tiram 2sb
  • Kicap pekat manis 2sb
Cara Penyediaan
  1. Hiris ikan ambik isi sahaja..potong dalam 1 inci..
  2. Satukan kesemua bahan rempah bersama ikan..gaul2 sebati dan perah selama 1 jam.
  3. Selepas 1 jam panaskan minyak dan goreng bahan perap sampai gareng..Masukkan bawang lada dan cili yang telah dihiris..goreng sebentar.
  4. taruk garam dan air sikit.. siap







LEMAK CILI API IKAN KURAU CAMPUR NENAS & PETAI






Bahan

  • Ikan masin kurau 
  • Petai
  • Nenas 
  • Daun kunyit (siat2)
  • Serai 2 batang (ketuk)
  • Santan kotak kecil 1
  • Gula perang
  • Serbuk kunyit


Bahan kisar
  • Bawang merah 10 biji
  • Halia 2 inci
  • Cili padi 6 tangkai
  • Tomato 1 biji
  • Belacan 1 inci 


Cara Penyediaan

  1. Masukkan air satu mangkuk dalam periuk.. masak dan biarkan mendidih
  2. Masukkan bahan kisar,serai,daun kunyit,santan, ikan kurau, nenas, petai. serbuk kunyit dan gula perang
  3. Slowkan api dan kacau perlahan2 sampai semuanya mesra.. siap