Isnin, 2 Julai 2018

LemakCili Api Sardin Campur petai






Bahan
  • Sardin 1 tin besar (cap marina)
  • Petai 1 cawan
  • Kacang panjang sikit
  • Asam keping 2
  • Santan kotak kecil 1
  • Serbuk kunyit 1sk
  • Gula perang
  • Garam

Bahan Kisar
  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang putih 3 biji
  • Cili padi 5 tangkai
  • Tomato 1 biji
  • Halia 1 inci
  • Belacan 1 inci

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga pecah minyak..masukkan serbuk kunyit dan kuah sardin dalam tin.. 
  2. Masukkan air sikit..asam keping, santan dan gula garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan sardin, petai dan kacang panjang..masak sekejap




Tiada ulasan:

Catat Ulasan