Untuk membuka pintu rezeki dan melapangkannya dengan penuh keberkatan, kita dapat membukanya dengan cara berikut.
Allah SWT berfirman,
“Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah dengan ikhlas mentaati-Nya semata-mata kerana menjalankan agama…” (Al-Bayinnah: 5)
Firman-Nya lagi dalam Surah Al-An’am:162-163,
“Katakanlah (Muhammad), sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (muslim).”
Setiap amal yang dilakukan seorang hamba haruslah ikhlas kerana Allah semata-mata. Seorang hamba yang telah mengikhlaskan niat kerana Allah dalam mencari rezeki, maka Allah akan memberinya rezeki yang baik dan penuh berkah.
Ikhlas adalah mengharapkan keredhaan Allah semata. Jadi, seseorang dikatakan ikhlas dalam mencari rezeki adalah apabila dia mencari rezeki untuk mendapatkan keredhaan Allah, bukan untuk mendapatkan harta dunia semata mata. Berapa pun hasil yang diperolehinya, dia akan bersyukur kepada Allah kerana Allah yang memberikan rezeki kepadanya.
Jadi, betulkan niat kita hanya kerana Allah dan lakukan ibadah dengan penuh ikhlas.
Semoga rezeki kita bertambah. Aamiin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan