Jumaat, 12 Oktober 2018

Apa yang kita FIKIR itulah yang kita DAPAT

Termenung saya seketika mengenangkan rahmat Allah SWT, REZEKI saya tak putus-putus, malah makin bertambah.


KINI saya semakin positif, kaya & berjaya. InsyaAllah Sebenarnya kita tidak perlu untuk bekerja keras untuk wang. Kita boleh menarik wang dengan mudah dengan menggunakan minda.

Beberapa tindakan diperlukan untuk menerima wang, tetapi kuasa pemikiran adalah apa yang menarik keadaan kita sekarang ini.

Dengan pemikiran, anda boleh menarik apa sahaja keinginan anda. Ia tidak perlukan 18 jam sehari.

Ia hanya memerlukan masa untuk perubahan berlaku.

Pertama : Sumbangan daripada pendapatan

Berilah 10% daripada pendapatan anda kepada sumber yang menghasilkan peningkatan perolehan berkali-kali ganda, terutamanya kepada yang memerlukan.

Ramai yang tidak mahu memberi sebahagian daripada pendapatan mereka kerana takut kehabisan wang. Pada hakikatnya, setiap pemberian itu akan dibalas dengan berkali-kali ganda hasilnya.

Kedua : Syukur atas wang yang ada

Dengan bersyukur terhadap jumlah wang yang ada, ia akan meningkat.

Ambillah masa untuk bersyukur atas apa yang anda ada, untuk menerima lebih lagi. Capai beg duit anda, rasakan yang wang semakin banyak dalam beg itu. Katakan sesuatu yang anda bersyukur terhadap wang itu dan terus melihat ia makin meningkat.

Rasakan kebenarannya. Bersyukur sentiasa meningkatkan aliran benda-benda yang baik.

Ketiga : Bayangkan anda dengan wang yang banyak

Imaginasi anda menjangkakan masa hadapan anda. Gunakannya setiap jam.

Lihat diri anda melakukan seperti mana orang kaya lakukan. Tinggal di rumah banglo yang besar.

Bersiar-siar dengan Porsche 911. Membeli-belah di pusat beli-belah 5 bintang. Anda mesti lihat semua ini dan percaya yang ianya adalah realistik sebelum anda mengalaminya sendiri.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan