Dalam hidup berkeluarga, pasti ada suka duka setiap masa. Kita pasti sayangkan keluarga, namun ada waktunya emosi terganggu kerana faktor kerja, kewangan dan sebagainya.
Sehebat mana pun kesabaran yang kita miliki, ada waktunya akan diuji sekali sekala.
Waktu pulang dari pejabat, pastinya kita berasa penat dengan beban seharian di tempat kerja. Ditambah pula dengan jalan sesak, kena redah hujan panas setiap hari.
Sampai sahaja di rumah, baru cadang nak rehat, tapi anak-anak pula sibuk bermain. Mungkin dengan keriuhan anak-anak, kita rasa terganggu dan cepat naik angin.
Sudah lumrah anak-anak, mereka akan bermain sepanjang waktu. Cuma angin kita pada waktu itu mungkin tak selalu tenang.
Ada waktunya rasa mudah nak marah, tengking dan menghukum anak kerana keriuhan mereka. Walhal mereka tak tahu apa-apa tentang kerja kita. Bukan masalah mereka, tapi kita yang tak dapat kawal emosi.
Jadi kita yang sudah bergelar ibu bapa, lebih-lebih lagi yang bekerjaya, harus bijak mengawal emosi.
Kita boleh hidup dengan positif, tapi ada waktunya emosi tak dapat dikawal kerana gangguan yang datang dari persekitaran rumah.
Tak mudah untuk menghilangkan rasa penat setiap hari, rasa mudah nak naik angin bila diri kita penat.
Namun perkara ini dapat dilatih dengan berperingkat. Ia adalah satu proses yang perlukan masa dan bimbingan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan